Meningkatkan kesedaran, penghayatan masyarakat terhadap kepentingan kebersihan



​Oleh : Khartini Hamir / Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman






BELAIT, Ahad, 21 Jun. – Sejajar dengan inisiatif kerajaan dalam menangani isu kebersihan di Negara Brunei Darussalam (NBD), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) pagi tadi menganjurkan Kempen Kebersihan 2026, bertempat di tapak penurunan dan penaikan perahu, Kampung Lumut serta Taman Rekreasi Pantai Lumut, Daerah Belait.


Majlis pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, selaku tetamu kehormat majlis.


Juga hadir menyertai kempen berkenaan, pegawai kanan, pegawai serta kakitangan KHEU, bersama para belia dan beliawanis dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Pusat Da'wah Islamiah, KHEU, di samping ahli majlis perundingan kampung serta penduduk Kampung Sungai Taring dan Kampung Lumut, Daerah Belait.


Melalui aktiviti seumpama berkenaan, KHEU berhasrat memperkukuh kesedaran serta penghayatan masyarakat terhadap kepentingan kebersihan sebagai sebahagian daripada iman dan amalan harian.


Pada masa yang sama, ia juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kementerian dengan para penduduk Kampung Sungai Taring dan Kampung Lumut.


Kempen Kebersihan 2026 berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), KHEU serta kerjasama Ketua Kampung Sungai Taring, Kampung Lumut Daerah Belait dan penduduknya.


Turut sama memberikan sokongan ialah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan; serta Jabatan Perikanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.


Close